NF MESRAFM ON LIVE 24 JAM

Tuesday, December 13, 2022

Peningkatan bola sepak Malaysia.

    Pasukan bola sepak Malaysia kini sedang melalui fasa peningkatan yang dilihat baik untuk masa depan bola sepak Malaysia. Kemunculan pasukan Johor Darul Takzim selepas penjenamaan semula pasukan negeri Johor memberikan impak positif selepas pasukan yang dimiliki oleh Tengku Mahkota Johor itu " memborong " pemain-pemain berkualiti yang bermain untuk pasukan Harimau Malaysia ( HM ) dan beberapa pemain import yang memiliki skill dan pengalaman yang hebat.

   Gelombang ini jelas memberikan tekanan kepada kelab-kelab lain yang pada awalnya gagal untuk menggugat kedudukan JDT sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia. Namun, selepas beberapa musim JDT memegang gelaran juara Liga Malaysia, Pasukan lain mula berasa , mereka perlu ditentang dan diberikan cabaran. Pasukan-pasukan lawan yang sebelum ini lebih kepada corak bertahan apabila bertemu JDT kini dilihat bermain dalam permainan secara terbuka. Pasukan - pasukan lain semakin berani untuk menyerang ke kubu pasukan JDT memberi gambaran pemain-pemain kelab di Malaysia ini semakin laju dan semakin berani dan bijak mengawal permainan mereka.

    Antara hasil yang dapat diterjemahkan dari peningkatan pemain daripada kelab-kelab lain  adalah kejayaan pasukan KL City yang berjaya menjadi juara Afc , selain memberi saingan dan permainan yang naik apabila bertemu dengan kelab - kelab terbaik dari seluruh Asean.Selain daripada itu, antara perkara positif yang dapat dilihat menerusi peningkatan kualiti liga bola sepak negara adalah kemunculan muka-muka baharu mewakili kebangsaan. Pihak kejurulatihan pasukan kebangsaan kini mempunyai banyak  pilihan pemain untuk mengisi posisi-posisi dalam perancangan ketua jurulatih.Perkara ini akan meningkatkan lagi kualiti permainan pemain bagi semua kelab apabila mereka sedar selepas ini mereka perlu bekerja dengan lebih kuat untuk melayakkan mereka terpilih dan dipanggil untuk mewakili kebangsaan.

  Dalam penulisan seterusnya, kita akan cuba ceritakan apa pentingnya kejohanan antarabangsa untuk Malaysia berjaya ke misi layak ke piala dunia.


Sembang NF Mesra Celebrity Group

TERJAH KAMPUNG KUALA PILAH

TERJAH KAMPUNG KUALA PILAH
RUMAH PUT3 SALJU